Saturday, May 12, 2007

Apa Itu Teleportasi?




Teleportasi merupakan gabungan perkataan telecommunication dan transportation (telekomunikasi dan pengangkutan) dan mula dikembangkan oleh dua orang saintis AS iaitu Richard Feyman dan Dr Ivan Geiver yang turut menerima anugerah nobel.
Kedua-dua saintis ini telah membuktikan bahawa partikel dapat dipindahkan menembusi dinding tanpa mengalami sebarang kerosakan. Bermula dari situ, saintis fizik di seluruh dunia kemudiannya telah mengembangkan penyelidikan itu dan teleportasi menjadi lebih menarik apabila ia dipopularkan di dalam siri filem Star Trek.
Dalam filem ini, teleportasi digambarkan secara mengimbas (scan) objek dalam tiga dimensi manakala sebuah supercomputer kemudiannya merakamkan data dan sifat atom-atom tersebut.
Untuk merakamkan objek tiga dimensi ini turut memerlukan peralatan yang dikenali sebagai nuclear magnetic resonance (NMR) dan electron spin resonance (ESR). Setelah dirakam, tubuh manusia itu diurai menjadi atom atau paket tenaga (kuantum) dan dikirimkan menerusi gelombang elektromagnetik.
Dengan kepantasan cahaya iaitu 300,000 kilometer sesaat, isyarat elektromagnetik ini akan muncul di tempat lain hanya dalam masa beberapa saat sahaja. Di tempat penerima, ia kemudiannya akan membentuk semula objek yang dikirimkan itu dalam sifat dan kewujudannya yang sebenar.
Mungkinkah Teleportasi manusia mampu dilakukan semudah di dalam filem sains fiksyen? Antara salah seorang saintisTeleportasi ialah Dr. Lam Ping Koy anak kelahiran Malaysia, berasal dari Pulau Pinang dan kini bertugas sebagai saintis di Universiti Kebangsaan Australia (ANU). Antara saintis lain adalah Charles H. Bennet (Saintis IBM), Gilles Brassard dan Richard Jozsa dari Universiti Montreal serta lain-lain lagi. (estidotmy)


No comments: